Jumaat, Mac 13, 2009

Latar Belakang Pemilik Amy Seri Andaman

Hi ! Saya, Zainurisham binti Samari atau lebih dikenali sebagai Amy mula berjinak-jinak dalam dunia persolekan sejak tahun 2000 lagi. Pada peringkat awal, saya telah menimba pengalaman menjadi pembantu mak andam. Beberapa orang mak andam yang berpengalaman menjadi inspirasi buat saya untuk memberanikan diri mengambil kursus persolekan serta andaman di beberapa buah galeri serta pusat andaman di sekitar Segamat, Muar dan Kuala Lumpur.

Dari situ, saya terus mengorak langkah ke hadapan dengan mula menerima tempahan sendiri bermula pada tahun 2002. Dengan berbekalkan sedikit modal, saya terus melebarkan sayap dengan menyewa sebuah kedai pada tahun 2004 yang kemudiannya cukup dikenali sebagai AMY SERI ANDAMAN.

Dengan tertubuhnya butik AMY SERI ANDAMAN ini, saya mempelbagaikan lagi perkhidmatan sehingga mendapat tempahan demi tempahan di sekitar negeri Johor sehingga ke Pahang. Kesemua rekaan pelamin serta busana adalah koleksi AMY SERI ANDAMAN sendiri.

Dengan pakej harga yang sangat menarik serta sangat berpatutan, saya kini sangat berbangga dengan hasil usaha yang tidak pernah mengenal penat dan jemu ini. Malah, sekiranya ada di antara pelanggan tidak mampu untuk membayar sebagaimana harga yang telah ditawarkan, maka pihak kami sedia untuk berunding mengikut kesesuaian budget seseorang pelanggan.

Sehingga kini, kesemua pelanggan saya tidak pernah merungut malah begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Adalah tidak keterlaluan saya katakan bahawa tempahan yang saya terima ada ketikanya datang daripada pelanggan-pelanggan yang pernah menerima perkhidmatan kami dengan mencadangkan AMY SERI ANDAMAN kepada saudara-mara atau kenalan mereka. Inilah merupakan satu rangkaian yang menjadikan AMY SERI ANDAMAN terus dikenali sehingga melangkau ke daerah di luar negeri Johor.

Amy (berbaju kurung biru) bersama salah seorang bakal pengantin