Sabtu, Mac 14, 2009

Koleksi-Koleksi AMY SERI ANDAMAN

Gambar-gambar berikut merupakan sebahagian daripada kostum atau busana yang sering menjadi pilihan pengantin yang terdapat dalam koleksi AMY SERI ANDAMAN. Jika ingin melihat lebih banyak lagi koleksi, datanglah ke butik kami... Klik pada setiap gambar untuk melihat secara close-up...

Jumaat, Mac 13, 2009

Kami Bersedia Ke Lokasi Anda...

Sebagaimana janji kami, hanya perkhidmatan yang terbaik akan kami sajikan buat menyerikan lagi hari istimewa anda. Pengalaman sentiasa mendewasakan kami untuk terus memberi perkhidmatan yang mampu menjadi kenangan terindah dan sukar untuk dilupakan buat selama-lamanya oleh para pasangan pengantin.

Berikut merupakan sebahagian daripada contoh rekaan bagi meja makan yang kami hasilkan. Pastinya pasangan pengantin akan terus mengingati saat-saat indah makan bersuap di meja makan istimewa ini. Bagi melihat lebih jelas, sila klik pada gambar-gambar di bawah...

Demikian juga dengan setiap koleksi aksesori, busana mahupun props yang menjadi koleksi AMY SERI ANDAMAN. Segala-galanya adalah cukup unik, menarik, berwarna-warni serta sentiasa up to-date bagi memastikan impian perkahwinan anda lebih bermakna. Kami juga sangat mengalu-alukan cadangan atau idea dari anda mengikut kesesuaian tema majlis perkahwinan anda. Bagi melihat lebih jelas lagi koleksi busana di bawah, hanya klik pada setiap gambar. Terdapat lebih daripada 100 koleksi busana dalam simpanan kami dan Insya Allah akan dipaparkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan anda membuat lebih banyak pilihan.

Gambar di bawah merupakan salah satu contoh rekaan bilik tidur hasil sentuhan AMY SERI ANDAMAN.

Apakah Perbezaan Antara Hantaran dan Mas Kahwin ?

Mas kahwin adalah satu perkara yang wajib dalam pernikahan. Ia adalah hadiah dari suami kepada isteri sebagai tanda pernikahan. Isteri berhak meminta apa yang ia mahu sebagai mas kahwin kerana ia adalah milik isteri. Hantaran pula adalah hadiah tambahan yang diberikan oleh suami kepada isteri, atau kepada keluarga isteri. Ia bukan wajib, tetapi jika diniatkan sebagai hadiah, maka pahala akan dapat diperolehi oleh suami. Namun, hantaran tidak boleh dipaksa atas suami, dan ia bukan syarat pernikahan. Untuk isteri menukar jumlah hantaran kepada mas kahwin, maka ia terpulang kepada kedua-dua pihak suami dan isteri untuk bersetuju. Prinsip dalam Islam adalah untuk tidak menyusahkan orang lain.

Pakej Yang AMY SERI ANDAMAN Tawarkan

BAGI MAJLIS PERKAHWINAN DALAM SATU HARI

Pakej 1 : RM 800.00 (Sesuai bagi rumah lelaki)

  • Pelamin ATAU Meja Makan + Pintu Gerbang
  • Baju Sanding Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Make-Up 1 Kali

Pakej 2 : RM 1,188.00 (Sesuai bagi rumah lelaki)

  • Pelamin
  • Bilik Tidur ATAU Meja Makan
  • Baju Persandingan Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Gaun dan Kot (Blazer) ATAU Pintu Gerbang
  • Make-Up 1 Kali
Pakej 3 : RM1,388.00
  • Pelamin
  • Bilik Tidur
  • Meja Makan
  • Baju Persandingan Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Gaun dan Kot (Blazer) ATAU Baju Nikah Lelaki dan Wanita + Aksesori ATAU Pintu Gerbang
  • Make-Up Majlis Akad Nikah dan Make-Up Majlis Persandingan

BAGI MAJLIS PERKAHWINAN DALAM DUA HARI

Pakej 1 : RM 1,588.00
  • Pelamin
  • Bilik Tidur
  • Meja Makan
  • Baju Persandingan Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Baju Berinai Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Gaun dan Kot (Blazer) ATAU Baju Nikah Lelaki dan Wanita + Aksesori ATAU Pintu Gerbang
  • Make-Up Majlis Akad Nikah, Make-Up Berinai dan Make-Up Majlis Persandingan
Pakej 2 : RM 1,788.00
  • Pelamin
  • Bilik Tidur
  • Meja Makan
  • Baju Persandingan Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Baju Berinai Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Gaun + Aksesori dan Kot (Blazer) ATAU Baju Nikah Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • 2 Persalinan Tradisional + Aksesori di Rumah ATAU Pintu Gerbang
  • Make-Up Majlis Akad Nikah, Make-Up Berinai, Make-Up Majlis Persandingan dan Touch-Out Make-Up dan Perubahan Hair Staring Mengikut Persalinan Tradisional
Pakej 3 : RM1,988.00
  • Pelamin
  • Bilik Tidur
  • Meja Makan
  • Pintu Gerbang Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Baju Majlis Persandingan Lelaki dan Wanita + Aksesori
  • Baju Berinai Lelaki dan Wanita
  • Baju Majlis Akad Nikah Lelaki dan wanita
  • Gaun + Aksesori dan Kot (Blazer)
  • 3 Persalinan Tradisional di Rumah (Lelaki dan Wanita)
  • Make-Up Majlis Akad Nikah, Make-Up Berinai, Make-Up Majlis Persandingan dan Touch-Out Make-Up dan Perubahan Hair Staring mengikut Persalinan Tradisional

Latar Belakang Pemilik Amy Seri Andaman

Hi ! Saya, Zainurisham binti Samari atau lebih dikenali sebagai Amy mula berjinak-jinak dalam dunia persolekan sejak tahun 2000 lagi. Pada peringkat awal, saya telah menimba pengalaman menjadi pembantu mak andam. Beberapa orang mak andam yang berpengalaman menjadi inspirasi buat saya untuk memberanikan diri mengambil kursus persolekan serta andaman di beberapa buah galeri serta pusat andaman di sekitar Segamat, Muar dan Kuala Lumpur.

Dari situ, saya terus mengorak langkah ke hadapan dengan mula menerima tempahan sendiri bermula pada tahun 2002. Dengan berbekalkan sedikit modal, saya terus melebarkan sayap dengan menyewa sebuah kedai pada tahun 2004 yang kemudiannya cukup dikenali sebagai AMY SERI ANDAMAN.

Dengan tertubuhnya butik AMY SERI ANDAMAN ini, saya mempelbagaikan lagi perkhidmatan sehingga mendapat tempahan demi tempahan di sekitar negeri Johor sehingga ke Pahang. Kesemua rekaan pelamin serta busana adalah koleksi AMY SERI ANDAMAN sendiri.

Dengan pakej harga yang sangat menarik serta sangat berpatutan, saya kini sangat berbangga dengan hasil usaha yang tidak pernah mengenal penat dan jemu ini. Malah, sekiranya ada di antara pelanggan tidak mampu untuk membayar sebagaimana harga yang telah ditawarkan, maka pihak kami sedia untuk berunding mengikut kesesuaian budget seseorang pelanggan.

Sehingga kini, kesemua pelanggan saya tidak pernah merungut malah begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan. Adalah tidak keterlaluan saya katakan bahawa tempahan yang saya terima ada ketikanya datang daripada pelanggan-pelanggan yang pernah menerima perkhidmatan kami dengan mencadangkan AMY SERI ANDAMAN kepada saudara-mara atau kenalan mereka. Inilah merupakan satu rangkaian yang menjadikan AMY SERI ANDAMAN terus dikenali sehingga melangkau ke daerah di luar negeri Johor.

Amy (berbaju kurung biru) bersama salah seorang bakal pengantin

Khamis, Mac 12, 2009

Indahnya Pelamin, Penyeri Pengantin

Hanya klik sahaja pada gambar pelamin-pelamin di bawah, anda mampu melihat secara close-up bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai pelamin yang bakal menjadi idaman hati anda... Perlu diingatkan bahawa, kami mempunyai lebih daripada 100 koleksi pelamin hasil kreativiti kami sendiri... Namun, apa yang disiarkan ini hanya sebahagian daripada koleksi untuk tatapan anda kali ini...

Hanya Yang Terbaik Untuk Anda

Kami menawarkan perkhidmatan seperti berikut khas buat anda :

  • Andaman
  • Solekan bagi majlis bertunang
  • Solekan bagi majlis akad nikah
  • Sewaan baju pengantin
  • Sewaan baju bagi majlis pertunangan
  • Sewaan baju bagi majlis akad nikah
  • Sewaan aksesori
  • Fotografi

Rabu, Mac 04, 2009

Selamat Datang Ke Blog Yang Akan Menyerikan Lagi Hari Bahagia Anda...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Blog AMY SERI ANDAMAN. Menerusi blog ini anda boleh melihat sendiri segala perkhidmatan yang pihak kami tawarkan. Apa yang pasti, kami akan menjadikan lagi detik-detik terindah di hari bahagia anda lebih bermakna. Dengan pakej tawaran harga yang sangat menarik serta kualiti perkhidmatan bertaraf antarabangsa, kami sedia melaksanakan bagaimana impian perkahwinan anda...